Dua versi Donald Kolopita

Versi Donald Kolopita :Donald dikatakan keluar dari Hotel Allson Kelana di Nilai untuk mencari makan malam sehingga jam 2.00 pagi dan tidak ada teksi untuk pulang ke hotel penginapannya . Lantas dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja kerana jarakknya tidaklah begitu jauh. Tetapi setelah 60 meter berjalan , sebuah kereta peronda polis yang dinaiki 4 anggota polis PDRM berpakaian preman telah menahan dan menyiasat kerana berjalan kaki seorang diri. Dia telah digari dan cuba melawan. Lantas polis telah menggari dan memukulnya di dalam kereta. Dia telah ditendang di ulu hati , perut dan dada. Sebenarnya dia cuba melarikan diri kerana menyangka anggota polis itu perompak kerana berpakaian biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa. Seterus dia dibawa ke Balai Polis Nilai dalam keadaan separuh sedar.[4] . Pengunjung dan pekerja restoran hanya menonton sahaja. Dia telah mengaku sebagai wasit karate Indonesia tetapi tidak dihiraukan.Versi Saksi : Tiga rakan wasit Donald Kolopita memberi keterangan di Balai Polis Seremban, negeri Sembilan. Mereka ialah Musakir Bado - Dekan Fakulti Undang-undang Univeriti Hasanuddin. Ahmad Yani Yani Mahdi usahawan import eksport dari Bugis. Haifendri Putih - seorang guru. Kontinjen Karate Indonesia seramai 60 orang terdiri dari wasit, petugas dan peserta. Mereka biasa ke luar negara termasuk ke Mexico, Singapura dan Kanada. Mereka mesyuarat di Hotel Nilai , Seremban bagi menentukan jadual giliran wasit pada hari Khamis 23/8 dan tamat hari Jumaat 24 Ogos 2007 jam 2.00 pagi. Setelah tamat mesyuarat, semua masuk ke bilik 318, Hotel NilaI. Donald Kolopita kembali ke Hotel Allson Kelana kerana di menginap di sana. Jam 5.50 pagi mereka mendapat panggilan telefon dari Donald Kolopita dari Balai Polis Nilai kerana telah dipukul oleh dua sarjan dan 2 koperal yang menaiki van putih. Walaupun mengaku sebagai referee dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia tetapi dia terus dibelasah.Walaupun tangannya telah digari dan dihenyak masuk ke dalam van, tetapi terus ditumbuk. Dia cuba menendang beberapa kali dan menjerit 3 kali. Biji zakarnya berdarah, mungkin pecah. Bibir pecah. Kaki kiri dipatahkan. Dia muntah beberapa kali . Kemudian Inspektor Faizal berunding dengan Mohd Noor Nordin dan kemudian menawarkan dua pilihan.

Dia dihantar ke unit kecemasan , Hospital Tuanku Jaafar jam 6.30 pagi hari Jumaat.[5]

Versi polis : Polis nampak Donald Kolopita berjalan kaki seorang diri pada jam 2.00 pagi dan cuba menyiasat. Tetapi dia telah melawan dan cuba melarikan diri. Donald telah menghalang tugas polis untuk memantau dan pemeriksaan keselamatan setiap orang yang dicurigai. Malahan Donald telah melawan , menendang dan menepis dengan begitu hebat seperti 'kaki lawan '. Mentang-mentanglah ada tali pinggang hitam , mahu karate belaka . Tidak ada sebarang kad pengenalan sebagai wasit di Stadium Tertutup Nilai. Mereka menginap di 3 buah hotel berlainan iaitu di Hotel Nilai, Hotel Allson Kelana dan One Lodge. Istilah 'wasit' dan 'referee' dalam bahasa Indonesia yang tidak difahami.[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Donald Kolopita http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://kotapalembang.blogspot.com/2007/08/donald-k... http://www.gatra.com/artikel.php?id=107289 http://www.indosiar.com/fokus/penganiayaan-wasit-k... http://www.kompas.com/kompas-cetak/0709/01/utama/3... http://www.kompas.com/ver1/Internasional/0708/28/0... http://www.kompas.com/ver1/Olahraga/0708/27/140846... http://www.thejakartapost.com/detailheadlines.asp?... http://www.antara.co.id/en/arc/2007/8/28/house-sla...